:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Pusat Naturopati ElNuur :: Tuan/ Puan bolehlah berhubung dengan Dr [TCM] Nur Asnawati pada talian yang diberikan ::: Untuk tempahan produk, sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan tujuan pengeposan Produk anda::: Semoga Bermanfaat Insya Allah ....

Monday, April 20, 2015

Logo Persatuan


Alhamdulillah, design sempurna berkaitan KHoMPA. Insya Allah boleh memberikan manfaat untuk sama-sama memartabatkan rawatan secara holistik.

-------------------------------------------------------------------

Maksud Logo

Imej
1. Peta Negeri Kelantan
 - Melambangkan Kelantan sebagai tempat bermulanya perjuangan KHoMPA
2. Globe Dunia
 - Melambangkan cita-cita KHoMPA untuk mengembangkan amalan perawatan yang didokong ke seluruh dunia
3. Bulatan Hitam/Putih Mengelilingi Globe/Kelantan
 - Melambangkan cita-cita penguasaan KHoMPA untuk menjadikan amalan perawatan KHoMPA diterima masyarakat seluruh dunia

Warna
1. Primer: Merah
 - Warna merah melambangkan kekuatan kuasa dan tenaga serta "passion" terhadap cita-cita persatuan
2. Sekunder: Hitam/Putih
 - Warna Hitam dan Putih yang mengelilingi Glob dan juga peta negeri Kelantan melambangkan sifat persatuan yang mempunyai keinginan yang tinggi serta berstrategi (lembut dan keras) untuk memperjuangkan cita-cita persatuan ke serata dunia yang bermula dari Negeri Kelantan.

Tulisan
1. KHoMPA
 - Singkatan bagi Kelantan Holistic Medical Practitioners Association
 - Kedudukannya di atas keseluruhan logo melambangkan sebagai satu nama yang diangkat reputasinya pada mereka yang memandang logo tersebut

2. Kelantan Holistic Medical Practitioners Association

 - Nama penuh persatuan yang dizahirkan dalam bahasa Inggeris sebagai persiapan awal untuk memperkenalkan persatuan di persada dunia

0 comments:

Post a Comment