AKUPUNKTUR

Akupunktur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.

JARUM AKUPUNKTUR

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang.

AKIBAT SENTUHAN JARUM

Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

KUASA JARUM AKUPUNKTUR

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

SEJARAH AKUPUNKTUR

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa yang pertama di dunia ini mencatat sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi

:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Pusat Naturopati ElNuur :: Tuan/ Puan bolehlah berhubung dengan Dr [TCM] Nur Asnawati pada talian yang diberikan ::: Untuk tempahan produk, sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan tujuan pengeposan Produk anda::: Semoga Bermanfaat Insya Allah ....

Wednesday, June 24, 2015

Facial n Slimming Acupucture Course

Facial n Slimming Acupucture:


Kursus Akupunktur Tahap 3 dan 4

Alhamdulillah, bagi yang berhajat untuk mempelajari Akupunktur Tahap 3 dan 4, boleh berhubung terus dengan doc Nuur atau Pan Watie di no yang tertera pada iklan.